Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman web Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), USIM.  Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung laman web kerana melayari lam web rasmi JPPF, USIM.   Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dan dengan limpah kurnianya laman web JPPF akan sentiasa dijadikan suatu platform di dalam perhubungan dan penyaluran maklumat kepada warga jabatan, universiti dan orang awam keseluruhannya.

Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), USIM ditubuhkan sebagai fungsi utama yang menjadi penyokong kepada perkembangan sebuah pusat pendidikan yang dinamik dan canggih. Peningkatan teknologi dalam pelbagai segi pembangunan dan perkhidmatan memerlukan satu struktur yang kukuh dan maju.

Keperluan dalam menyediakan pembangunan, penyenggaraan dan perkhidmatan yang bersesuaian adalah penting bagi menjayakan dan merelisasikan kecemerlangan sistem pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga penyediaan keperluan pembelajaran dan penyenggaraan yang berkesan diperlukan bagi memastikan kemudahan dan infrastruktur yang dibina adalah sentiasa pada tahap penggunaan yang optimum dan bakal mencapai jangka hayat yang memuaskan.

Melalu laman web ini, pengunjung akan dapat mengetahui maklumat asas mengenai fungsi dan peranan JPPF dalam merangka pembangunan USIM yang meliputi kemudahan prasarana dan infrastrukur untuk warga kampus.   JPPF akan terus menyediakan kemudahan prasarana yang berkualiti dan menepati keperluan seluruh warga kampus serta memberikan khidmat yang terbaik untuk semua warga USIM sesuai dengan motto JPPF itu sendiri iaitu Selamat, Selesa dan Indah.

Pihak kami amat mengalu-alukan sebarang respon, pandangan dan juga komen membina daripada pengunjung-pengunjung laman web yang dapat membantu pihak JPPF meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Sekian, terima kasih dan Wassalam

 

Ir. Azahar Awalludin

Pengarah Pembangunan

Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)