Cetak

Fungsi Unit Kontrak & Ukur Bahan

  • Menyelaras dan melaksana panggilan tender/sebutharga.
  • Menyediakan Anggaran Jabatan untuk tender/sebutharga.
  • Menyelaras prosedur kontraktual dalam pelaksanaan kontrak selaras dengan Syarat-Syarat Kontrak JKR203.
  • Menyelaras peruntukan projek supaya kos pelaksanaan projek dipantau tidak melebihi siling yang diluluskan.
  • Menyelaras dan menyemak permohonan perubahan kerja untuk kelulusan Pegawai Penguasa selaras dengan AP.202, pengukuran semula kuantiti sementara dan lain-lain pelarasan di bawah kontrak.
  • Menyelia/menyemak penyediaan dokumen kontrak, sama ada disediakan oleh Seksyen sendiri ataupun perunding yang dilantik.
  • Memantau perkhidmatan perunding Ukur Bahan perunding yang dilantik dalam penyeliaan kontrak.
  • Membuat penilaian kemajuan kerja kontraktor di tapak bersama perunding dan menyemak Sijil Bayaran Interim yang disediakan oleh perunding.
  • Membuat penilaian tender/ sebutharga untuk dibawa ke Jawatankuasa Penilaian dan Kewangan USIM.
  • Menyemak kadar harga yang dikemukakan oleh perunding atau pun kontraktor.
  • Urusetia Pelantikan Perunding bagi projek-projek pembangunan USIM.
  • Urusetia Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Kewangan peringkat Unit Pembangunan sebelum mengemukakan laporan penilaian tender ke Urusetia Perolehan USIM.
  • Urusetia Jawatankuasa Perubahan Kerja.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai perolehan dan tatacara kontrak untuk jabatan-jabatan lain di USIM yang memerlukan nasihat.

 JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN FASILITI
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel: +606-798 8080/8021   Faks: +606-799 0275   E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.