Dasar Kualiti & Objektif Kualiti

 

DASAR KUALITI

 

Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) USIM komited bagi menghasilkan produk berkualiti yang memnuhi kepuasan pelanggannya dengan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti yang memenuhi kehendak Syariah dan penambahbaikan yang berterusan. Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USIM akan memastikan Dasar Kualiti sentiasa:

(a) Bersesuaian dengan fungsi dan hala tuju Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti dan USIM;

(b) Dijadikan agenda kajian semula pengurusan untuk meningkatkan keberkesanannya dan menjaminkan kesesuaiannya secara berterusan;

(c) Difahami dan dihayati oleh semua staf Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti; dan

(d) Dijadikan asas dalam mewujudkan dan mengkaji semua Objektif Kualiti.

 

OBJEKTIF KUALITI

 

(a) Memastikan kos setiap projek dan perbelanjaan keseluruhan projek tidak melebihi siling peruntukan keseluruhan yang diluluskan.

(b) Memastikan projek disiapkan mengikut jadual kerja yang dirancang di dalam Rancangan Malaysia semasa dengan kelewatan projek tidak melebihi 20% bagi tujuan menyokong Enam Bidang Keberhasilan Utama (KRA) USIM.

 JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN FASILITI
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel: +606-798 8080/8021   Faks: +606-799 0275   E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.