VMO, PIAGAM PELANGGAN & SLOGAN Q

MOTTO

Selamat, Selesa dan Indah.

 

FALSAFAH

Prasarana yang unggul dan terkehadapan memberi persekitaran kerja yang kondusif sebagai asas kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam merealisasikan Misi Universiti selaras dengan Prinsip Syariah.

 

WAWASAN

Menyediakan prasarana yang mesra pengguna dan menjadikan kampus USIM sebagai IPTA yang terkehadapan.

 

MISI

a)Menyediakan kemudahan prasarana dengan rekabentuk dan mutu binaan yang berkualti dan menepati keperluan seluruh warga kampus.
 
b)Melaksanakan projek dalam tempoh yang ditetapkan, kos yang ekonomik dan rekabentuk yang praktikal.
 
c)Memastikan semua kemudahan prasarana supaya berada dalam keadaan boleh digunakan dimana pengguna dapat menikmati segala kemudahan dengan selamat dan selesa tanpa sebarang gangguan.

 

Objektif ini bersesuaian dengan konsep Itqan berdasarkan hadis yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah S.W.T suka apabila seseorang kamu membuat suatu pekerjaan dengan teliti dan itqan (kualiti)”

[Riwayat Abu Ya’la]

PIAGAM PELANGGAN

Kami beriltizam untuk menyediakan infrastruktur yang unggul dan terkehadapan bagi Universiti mencapai objektif penubuhannya.

Piagam ini bersesuaian dengan konsep amanah berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah S.W.T menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada orang yang hak (ahlinya)”

[Surah An-Nisa’:54]

SLOGAN Q

Pembangunan Berkualiti, Keselesaan Dinikmati, Syariah Dihayati

 JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN FASILITI
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel: +606-798 8080/8021   Faks: +606-799 0275   E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.