Pada 21 Jun 2019, jabatan JPPF telah mengadakan Sambutan Aidilfitri Peringkat JPPF di sekitar perkarangan JPPF. Jemputan khas tetamu adalah Ahli-Ahli JKPU, ketua-Ketua Jabatan USIM dan Anak-Anak Yatim/ Asnaf dari Baitul Barokah Wal Mahabbah. Tujuannya adalah untuk mengeratkan lagi silatuurahim antara staf JPPF bersama PTj serta meraikan kehadiran anak-anak Yatim/ Asnaf dari Baitul Barokah Wal Mahabbah.