ARKIB

/ARKIB
ARKIB 2019-04-16T09:41:24+00:00

BANGUNAN CANSELORI

SEJARAH JABATAN CANSELORI

  • Pada tahun 2000, Jabatan Canselori bermula di bangunan Institut Profesonal Baitulmal (IPB), Kampung Pandan, Kuala Lumpur
  • Pada tahun 2001,  berpindah ke Bangunan Menara A, Pandan Indah
  • Pada tahun 2005, USIM telah berpindah ke Kampus Tetap di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan dan Jabatan Canselori menggunakan premis di bangunan Pusat Teknologi Maklumat (PTM)
  • Pada tahun 2008, Jabatan Canselori berpindah ke bangunan Canselori

BANGUNAN KOMPLEKS PUSAT ISLAM

SEJARAH KOMPLEKS PUSAT ISLAM

  • Pada 4 Oktober 2017, Majlis Perasmian Kompleks Islam Tuanku Muhriz yang sempurnakan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
  • Pembinaan di tapak strategik iaitu di antara Bangunan Canselori dan Perpustakaan yang merupakan perlambangan kepada USIM sebagai sebuah Universiti Islam yang sentiasa memastikan elemen tadbir urus dan dasarnya (Canselori) dilaksanakan berdasarkan pertimbangan nilai keilmuan (Perpustakaan) dan bertunjangkan Al-Quran dan Sunnah (Pusat Islam).
  • Kompleks Islam ini dapat merancakkan aktiviti dan agenda Islam di dalam kampus serta memberi manfaat kepada masyarakat Islam sekitar khususnya Nilai seperti menjadi masjid untuk Solat Jumaat, kuliah agama, kelas bimbingan Fardhu Ain.

BANGUNAN DEWAN TUANKU CANSELOR (DTC)

SEJARAH DEWAN TUANKU CANSELOR (DTC)

  • Pada tahun 2014, Dewan Besar USIM telah ditubuhkan.
  • Dewan Tuanku Canselor (DTC) adalah salah satu fasiliti yang disediakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di bawah pengurusan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF)
  • Kini, Dewan Besar USIM dikenali sebagai Dewan Tuanku Canselor (DTC)

BANGUNAN KOLEJ PERMATA INSAN (KPI)

SEJARAH KOLEJ PERMATA INSAN

  • Pada 12 Mac 2010, program ini telah dilancarkan secara rasminya oleh Y.A. Bhg. Datin Seri Paduka Seri Rosmah Mansor di Universiti Sains Islam (USIM)
  • PERMATA INSAN ialah program yang ditubuh khas di Universiti Sains Islam Malaysia bertujuan untuk melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.
  •  Program Permata Insan merupakan kesinambungan dan perluasan daripada Program Permata Negara.