Laman Utama2023-09-29T09:08:25+08:00

JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN FASILITI

JPPF merupakan Jabatan yang bertanggungjawab di dalam pemberian perkhidmatan fasiliti kepada masyarakat Universiti. Kini Jabatan ini secara khusus merancang, mengurus, mengawas, menyelaras serta melaksanakan projek pembangunan menerusi bahgian dan unit-unit iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Kontrak, Arkitek dan Landskap (BPKAL) dan Bahagian Kejuruteraan.

Berita JPPF

 

HEBAHAN

SISTEM MYARIFS VERSI 2.0

1. Bagaimana hendak membuat aduan kerosakan fasiliti USIM?

Aduan kerosakan fasiliti boleh dibuat menerusi Sistem MyArifs V2 menggunakan aplikasim USIM Mobile  

2. Sekiranya berlaku kerosakan perabot di PTJ, adakah JPPF perlu melupuskan perabot berkenaan?

Tidak, tanggungjawab pelupusan aset PTj adalah di bawah tanggungjawab PTj yang berkenaan, termasuklah pembersihan perabot sekiranya kotor.

3. Bagaimana ingin membuat tempahan Dewan DTC /KGI atau aset2 di bawah pengurusan JPPF bagi tujuan penganjuran majlis?

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang Tempahan Dewan yang boleh di dapati di ruangan Muat Turun.

1. Jika berhasrat ingin laksana ubahsuai pejabat, apakah yg pengguna perlu lakukan? 

Pengguna kemukakan surat permohonan kpd JPPF dengan menyatakan butiran :
1. Lokasi ubahsuai
2. Skop ubahsuai (susunatur meja kerja dsb
perabot loose sahaja / perubahan dinding /
perubahan punca elektrik dan sebagainya
dan lain-lain maklumat)
3. Bajet ubahsuai disediakan

2. Apakah kelayakan perabot kakitangan pejabat, dan bagaimana perolehan perlu dilaksanakan?

Kelayakan perabot kakitangan adalah berpandukan butiran dlm Buku Panduan Staf.
Manakala proses perolehan adalah mengikuttatacara yg ditetapkan oleh Jabatan Bendahari

1. Apakah kemudahan fizikal serta skop di bawah tanggungjawab Unit Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (JPPF)?

Kemudahan fizikal serta skop di bawah tanggungjawab Unit Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (JPPF) adalah semua kemudahan fizikal yang berkaitan dengan sistem elektrikal termasuk sistem pengagihan bekalan kampus 33kV, 11kV dan 415V, semua pencawang-pencawang elektrik, pendawian elektrik bangunan, lampu-lampu di dalam dan diluar bangunan, lampu jalan, rangkaian telekomunikasi telefondan sistem-sistem audio visual untuk kegunaan pengkuliahan dan pentadbiran universiti (Dewan Tuanku Canselor, Dewan Senat, bilik-bilik mesyuarat, seminar dan lain-lain bilik berkaitan). Manakala kemudahan ICT universiti di bawah tanggungjawab SDEC.

2. Berapa lama tempoh diperlukan untuk UKEE membaiki kerosakan setelah kerosakan dilaporkan?

Tempoh yang diambil adalah bergantung kepada jenis kerosakan. Jika kerosakan adalah kecil ianya boleh diselesaikan pada masa itu juga tetapi jika ianya melibatkan proses perolehan, tempoh masa yang diperlukan adalah bergantung kepada jenis perolehan yang dilaksanakan mengikut had-had.

3. Saya seorang staf baru yang baru sahaja melapor diri ingin membuat permohonan talian telefon baru, bagaimanakah caranya?

Untuk makluman, UKEE hanya bertanggungjawab dari segi teknikal untuk kemudahan sistem telekomunikasi telefon universiti. Jika kemudahan telefon di pejabat tuan/puan rosak atau mengalami masalah, tuan/puan bolehlah melaporkan kerosakan tersebut di Sistem MyArifs atau pun Hotline JPPF di talian ext. 88080. Tuan/Puan perlu berhubung dengan Bahagian Pentadbiran Am Jabatan Pendaftar untuk permohonan talian telefon baru.

4.Kenapa di pejabat saya selalu berlaku gangguan bekalan elektrik (trip), adakah pendawaian elektrik rosak?

Untuk makluman, jika berlakunya trip ianya menunjukan sistem perlindungan elektrik berfungsi dengan baik. Sistem perlindungan ini berfungsi untuk menghalang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kebakaran serta letupan yang boleh mengancam nyawa. Trip biasanya berlaku disebabkan oleh kerosakan peralatan elektrik (mesin penapis air, cerek elektrik, komputer dan sebagainya), terlalu banyak sambungan wayar “extension” serta berlakunya ketidaknormalan pada arus bekalan.

1. Dimanakah saya boleh membuat aduan berkaitan rumput panjang dan pokoktumbang?

Tuan/puan boleh membuat aduan tersebut di aduan hotline JPPF di talian 06-7988080 atau aduan secara online MyArif V2 di pautan berikut https://myarifsv2.usim.edu.my/

2. Bolehkah saya menggunakan pokok pasuan USIM untuk hiasan majlis dan program rasmi USIM?

Ya, boleh.

3. Bagaimana caranya saya ingin membuat tempahan hiasan pokok berpasu untuk majlis dan program rasmi USIM?

Tuan/Puan boleh mengisi borang tempahan di pautan berikut :-http://jppf.usim.edu.my/wpcontent/uploads/2019/03/Borang-TempahanPasuan.pdf dan menyerahkan kembali kepada Unit Landskap, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USIM untuk kelulusan.

1. Adakah Unit Kenderaan dan Unit Pengangkutan merupakan unit yang sama?

Tidak. Unit Kenderaan adalah dibawah Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) manakala Unit Pengangkutan adalah dibawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). Unit Kenderaan menguruskan berkenaan teknikal kenderaan(Penyelenggaraan) manakala Unit Pengangkutan menguruskan penjadualan/pergerakan kenderaan(Tempahan kenderaan gunasama).

2. Bagaimana cara untuk membuat aduan penyelenggaraan berkala / kerosakan kenderaan Jabatan?

Pengguna boleh mengakses portal MyArifV2 atau menggunakan aplikasi “USIM Mobile” bagi membuat sebarang aduan berkenaan kenderaan-kenderaan USIM dengan mengisi segala maklumat yang diperlukan.

3. Bagaimanakah cara menghadapi situasi kecemasan melibatkan kerosakan kenderaan jabatan ketika di luar kawasan (breakdown)?

Pengguna boleh berhubung terus dengan pihak Unit Kenderaan JPPF di talian 06-7988669 serta menyatakan masalah dihadapi dan lokasi kenderaan. Pasukan kami akan membantu bagi menguruskan bantuan pembaikan.