Bismillahirrahmannirahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya memberikan sepatah dua kata di dalam laman sesawang Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti (JPPF), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Datang” kepada semua pengunjung laman sesawang JPPF ini.

Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti (JPPF) USIM ditubuhkan sebagai fungsi utama untuk menguruskan projek pembangunan fizikal dan mennguruskan kemudahan fasiliti di Kampus USIM.  Tanggungjawab JPPF dalam menyediakan pembangunan, penyelenggaraan dan perkhidmatan yang bersesuaian adalah penting bagi merealisasikan hasrat USIM untuk menyediakan kemudahan prasarana dan persekitaran yang kondusif serta kecemerlangan sistem pengajaran dan pembelajaran.  Justeru itu, JPPF akan terus menyediakan persekitaran dan infrastruktur yang berkualiti dan memberikan khidmat yang terbaik untuk semua warga USIM bersesuaian dengan Motto JPPF iaitu “Selamat, Selesa dan Indah”.

Saya mempersilakan para pengunjung untuk melayari laman sesawang ini. Melalui laman sesawang ini, para pengunjung akan dapat mengetahui maklumat berkaitan fungsi dan peranan JPPF dalam merancang pembangunan fizikal USIM dan menguruskan kemudahan prasarana dan infrastruktur di kampus USIM.

Saya juga berharap agar laman sesawang ini akan menjadi sumber rujukan yang berguna kepada para pengunjung sekalian.

Saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan maklumbalas daripada pengunjung-pengunjung laman sesawang ini bagi membantu JPPF meningkatkan kualiti perkhidmatan ke arah transformasi sistem penyampaian Jabatan.

Terima kasih kerana mengunjungi laman sesawang JPPF.

Ir. Shahrin Amri Jahari
Pengarah Pembangunan
Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

IR. SHAHRIN AMRI JAHARIPengarah Pembangunan