LATAR BELAKANG

Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) dahulunya dikenali sebagai Unit Pembangunan telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan mula beroperasi di Bangunan Institut Profesional Bailtulmal (IPB), Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Pada pertengahan tahun 2001, Unit Pembangunan telah berpindah ke Bangunan Menara A, Persiaran MPAJ, Pandan Indah selaras dengan pertambahan kakitangan dan perpindahan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) ke bangunan tersebut.

Setelah sebahagian projek pembangunan Kampus Tetap di Mukim Nilai, Negeri Sembilan siap pada Ogos 2005, Unit Pembangunan berpindah ke bangunan sementara (pejabat tapak projek) yang dahulunya diduduki oleh perunding pengurusan projek (PMC), KLIA Consutancy Services Sdn. Bhd (KLIACS) sebelum mendapat bangunan sendiri yang sebelum ini merupakan Bangunan Perpustakaan secara sementara.

Pada Ogos 2005, dengan kakitangan seramai 20 orang, JPPF mula melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan setelah mengambil alih bangunan-bangunan baru daripada pihak kontraktor.

JPPF juga melaksanakan sendiri pengurusan pelaksanaan projek-projek baharu di Kampus Tetap USIM dimulakan dengan Bangunan Canselori, Bangunan Makmal Sains 6 Tingkat, Bangunan Setor Pusat, Bangunan Dewan Kuliah Pusat 1 & 2 (DKP 1 & 2), Bangunan-Bangunan Utiliti, diikuti Bangunan Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Bangunan Perpustakaan, Bangunan Pavilion & Komplek Sukan, Komplek Rumah Kakitangan Penting (RKP USIM), Bangunan Pusat Komersial & Dataran Selera, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) pada tahun 2009.

Pada tahun 2008, dengan iltizam dan semangat baharu JPPF berusaha gigih bagi memperolehi sijil pengurusan kualiti dalam Pengurusan Projek MS ISO 9001:2008 dan MS 1900:2005 dengan pematuhan Syariah.

Pada 26 Mac 2010, JPPF secara rasminya telah menerima pensijilan daripada pihak SIRIM yang menjadikan USIM sebagai Universiti pertama memperolehi pensijilan ISO dengan pematuhan Syariah dalam pengurusan projek.

JPPF merupakan Jabatan yang bertanggungjawab di dalam pemberian perkhidmatan fasiliti kepada masyarakat Universiti.

Kini Jabatan ini secara khusus merancang, mengurus, mengawas menyelaras serta melaksanakan projek pembangunan menerusi bahagian dan unit-unit berikut :-

1) Bahagian Pentadbiran

2) Bahagian Pengurusan Kontrak, Arkitek dan Landskap

3) Bahagian Kejuruteraan