Pada  5- 7 April 2019,  Jabatan Pembangunan dan Pengurusan  Fasiliti (JPPF) telah mengadakan Bengkel Pemerkasaan Kumpulan Operasi di Excel Training & Country Resorts, Ulu Beranang, Lenggeng Negeri Sembilan.

       Objektif bengkel :-

  • Mewujudkan dan memupuk semangat kerja berpasukan serta kerjasama diantara kakitangan JPPF dengan memahami pentingnya menjadi SATU pasukan dan mengukuhkan persefahaman.
  • Berkomunikasi secara berksesan serta memahami pentingnya komunikasi interpersonal dalam kerja berpasukan
  • Membina serta memupuk keberanian dan keyakinan diri pada setiap kakitangan JPPF
  • Memupuk semangat mencintai USIM, kampus Barakah
  • Memberi kesedaran, kefahaman dan pengetahuan kepada peserta berkenaan kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.