SISTEM PENGURUSAN KUALITI

/SISTEM PENGURUSAN KUALITI
SISTEM PENGURUSAN KUALITI 2019-02-19T11:54:40+00:00

SKOP PENSIJILAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI

Skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USIM (MS ISO 9001:2008 dan MS 1900:2005) adalah:

“Penyediaan Khidmat Perancangan dan Pengurusan Projek Fizikal” 

Sistem Pengurusan Kualiti ini dilaksanakan untuk semua projek-projek pembangunan USIM di bawah seliaan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasilliti (JPPF).

Objektif ini sesuai dengan konsep Iqtisad dan tidak membazir berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu (kikir) dan janganlah kamu beli sehabis-habisnya (boros)”
[Surah Al-Isra’: 29]

Firman Allah S.W.T lagi yang bermaksud:

“Dan mereka adalah orang-orang yang apabila membelanjakan harta,maka mereka tidak berlebih-lebih dan tidak juga kedekut,
sesungguhnya di antara keduanya itu ialah sebaik-baik mungkin”
[Surah Al-Furqan: 67]

DASAR KUALITI

Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) USIM komited bagi menghasilkan produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggannya dengan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti yang memenuhi kehendak Syariah dan penambahbaikan yang berterusan. Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USIM akan memastikan Dasar Kualiti sentiasa:

(a) Bersesuaian dengan fungsi dan hala tuju Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti dan USIM;

(b) Dijadikan agenda kajian semula pengurusan untuk meningkatkan keberkesanannya dan menjaminkan kesesuaiannya secara berterusan;

(c) Difahami dan dihayati oleh semua staf Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti; dan

(d) Dijadikan asas dalam mewujudkan dan mengkaji semua Objektif Kualiti.

OBJEKTIF KUALITI

(a) Memastikan kos setiap projek dan perbelanjaan keseluruhan projek tidak melebihi siling peruntukan keseluruhan yang diluluskan.

(b) Memastikan projek disiapkan mengikut jadual kerja yang dirancang di dalam Rancangan Malaysia semasa dengan kelewatan projek tidak melebihi 20% bagi tujuan menyokong Enam Bidang Keberhasilan Utama (KRA) USIM.