Pada 16 & 17 Ogos 2018, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) telah menganjurkan Bengkel Penyeliaan Berkesan bagi tahun 2018. Bengkel ini bertempat di Nilai Spring Hotel.

Antara tujuan penganjuran bengkel ini adalah :

  • Memberi pendedahan kepada Ketua Unit/Penyelia kaedah penyeliaan yang berkesan dan sistematik.
  • Meningkatkan pemahaman berkaitan fungsi dan skop tugas bagi seseorang penyelia.
  • Memberi pengalaman kepada peserta berinteraksi bersama penceramah yang sangat berpengalaman di dalam bidang penyeliaan.