Objektif program ini diadakan adalah bagi meraikan dan menghargai segala kerja dan hasil usaha yang telah disumbangkan oleh semua kakitangan JPPF tidak kira pangkat dan gred selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan dan keluarga masing-masing. Tambahan lagi, ia juga dapat memberi peluang kepada semua kakitangan untuk beristirehat seketika daripada tuntutan tugas semasa. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 31 Ogos 2018 hingga 2 September 2018 bertempat di Virgo Batik Resort, Teluk Batik dan seramai 57 orang kakitangan JPPF bersama-sama keluarga masing-masing turut hadir bagi menjayakan program ini.