Pada 8 November 2018 yang lalu, bertempat di Nilai Springs Resort Hotel, satu majlis istimewa khusus untuk meraikan persaraan Pengarah Pembangunan yang telah berkhidmat dengan cemerlang hampir 17 tahun lamanya di USIM telah diadakan. Majlis ini julung-julung kali diadakan berikutan Ir. Daim Saian adalah Pengarah Pembangunan pertama yang telah dilantik di USIM.