Pada 17 Januari 2018, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) telah mengadakan perasmian Edible Garden bersama Dato’ Naib Canselor dan Ahli JKPU USIM di Nursery JPPF. Objektif perasmian ini adalah untuk mempromosikan produk/hasil Unit Landskap JPPF kepada Pengurusan Tertinggi Universiti. Selain itu, perasmian ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara JPPF dengan Pengurusan Tertinggi Universiti.