Pada 16 & 17 Ogos 2018, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) telah menganjurkan Bengkel Penyeliaan Berkesan bagi tahun 2018. Bengkel ini bertempat di Nilai Spring Hotel.
Antara tujuan penganjuran bengkel ini adalah :
- Memberi pendedahan kepada Ketua Unit/Penyelia kaedah penyeliaan yang berkesan dan sistematik.
- Meningkatkan pemahaman berkaitan fungsi dan skop tugas bagi seseorang penyelia.
- Memberi pengalaman kepada peserta berinteraksi bersama penceramah yang sangat berpengalaman di dalam bidang penyeliaan.