Pengurusan Pasca Kewangan Jabatan
- Menerima permohonan bayaran dan pesanan kerajaan mengikut bahagian, memasukkan data bayaran dan mengeluarkan output melalui sistem al-Maaliyah sehingga proses serahan ke Jabatan Bendahari.
Pelaporan Kewangan Tahunan Semasa
- Menyediakan data lengkap laporan kewangan Jabatan merangkumi perbelanjaan telah digunakan, perbelanjaan tanggungan, perbelanjaan berkala, perbelanjaan biasa dan luar jangka untuk tujuan penyediaan draf jangka belanja tahun hadapan.
Menyemak Akruan Kewangan
- Memastikan jumlah perbelanjaan Jabatan adalah mengikut arahan, Pekeliling dan peraturan yang telah ditetapkan, dan memastikan segala tuntutan dan bayaran dibayar mengikut tempoh ditetapkan mulai dari tarikh penerimaan dokumen dan bukti yang lengkap.
Pengurusan Panjar Wang Runcit Bahagian
- Memastikan rekupan dan baki rekupan/sedia ada ditangan selari dengan rekod, menerima tuntutan beresit/bukti pembelian, membuat pembayaran tunai berdasarkan tuntutan dan merekod setiap transaksi.