Kedua-dua majlis ini telah diadakan ketika sambutan Hari Kualiti dan Inovasi USIM Tahun 2018 dan bertujuan bagi mengiktiraf kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) khususnya kakitangan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2017, manakala Anugerah Khidmat Bakti diadakan bagi meraikan kakitangan yang telah berkhidmat di USIM lebih 13 tahun. Majlis ini telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Musa bin Ahmad, Naib Canselor USIM pada 30 Ogos 2018 bertempat di Dewan Tuanku Canselor (DTC), USIM.