Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) telah terlibat dalam menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya
Aidilfitri USIM 1439H/2018 yang diadakan pada 4 Julai 2018 yang lalu bertempat di Dewan Tuanku Canselor (DTC),
USIM
yang bertemakan “Sinar Syawal Membawa Barakah”. Majlis ini telah memupuk semangat kerjasama dan toleransi dikalangan kakitangan JPPF kerana masing-masing telah menunjukkan usaha dan komitmen yang tinggi dalam menyumbangkan idea kreatif bagi menyiapkan gerai raya Jabatan. Berkat daripada penat lelah kakitangan yang terbabit, gerai JPPF telah dinobatkan Juara bagi Kategori Gerai Kehijauan & Kelestarian Alam Sekitar (Go Green).