Dewan Tuanku Canselor (DTC) adalah salah satu fasiliti yang disediakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di bawah pengurusan Jabatan 
Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) di mana ianya dibina untuk menampung kapasiti seramai 1000 orang. Ruang DTC dapat dibahagikan kepada 
beberapa bahagian iaitu ruang utama dewan, bilik jamuan VIP di aras 2, lobi dewan dan tempat meletak kenderaan.
Pelbagai program dan aktiviti dapat dilaksanakan di DTC seperti Majlis Konvokesyen, Majlis Makan Malam, Majlis Perkahwinan, Karnival Keusahawanan, 
Majlis Anugerah Kecemerlangan, Peperiksaan dan pelbagai lagi. Tempahan bagi Dewan Tuanku Canselor (DTC) hendaklah dibuat selewat-lewatnya (1) satu 
bulan sebelum program berlangsung dengan menggunakan borang tempahan yang disediakan dan kelulusan adalah tertakluk kepada kekosongan dewan tersebut.